Yohanes 13:35 (BM) Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.”

Huraian singkat daripada petikan Firman iaitu judul hari ini membawa maksud:

Melalui kasih sesama anak-anak Tuhan-lah, dunia akan yakin kita mengikuti Tuhan Yesus.

Sifat Kasih (yang diperintahkan Tuhan):

1.Persaudaraan yang tidak mungkin diputuskan,
Amsal 17:17 (TB) Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran.
2.Perkahwinan yang tidak kenal penceraian.
Hosea 2:19-20 (TB)
19 (2-18) Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku untuk selama-lamanya dan Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam keadilan dan kebenaran, dalam kasih setia dan kasih sayang.
20 (2-19) Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam kesetiaan, sehingga engkau akan mengenal TUHAN.

KASIH PERSAUDARAAN

Pertamanya, jikalau benar-benar kita fahami maksud persaudaraan itu ia terdiri daripada golongan bapaibu, abangkakak dengan adik-adik.

  • Tanggungjawab yang dipikul oleh yang dewasa adalah supaya kita mengangkat peranan untuk pastikan golongan muda senantiasa dijaga kebajikan mereka serta dibentuk

  • dan yang muda pula sebaliknya harus patuh dan menghormati serta bekerjasama dengan golongan yang lebih matang ini supaya hal ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Kejadian 4:9 (TB) Firman TUHAN kepada Kain: “Di mana Habel, adikmu itu?” Jawabnya: “Aku tidak tahu! Apakah aku penjaga adikku?”

Roma 15:1 (ILT3) Dan kita yang kuat, wajib menanggung kelemahan yang tidak kuat, dan janganlah menyenangkan diri kita sendiri.

Alangkah baiknya kita memahami istilah “persaudaraan” dengan nyatanya sekali seperti yang telahpun diterangkan di atas ,kita tidak akan perlulah mengharungi permasalahan di gereja seperti persaingan dan saling menggulingkan demi mengejar kuasa dan posisi di gereja.

Biarpun golongan abangkakak mahupun adik-adik sekalipun semuanya adanya peranan masing-masing dan mampu bekerjasama dalam kasih persaudaraan dan dengan harmoni

-saling menunduk dan saling menerima.

Bapaibu pula selaku pemantau & penasihat agar kesemuanya dilakukan dengan cara terbaik.

Kesemuanya pun sama penting.

KASIH SUAMI-ISTERI

Dasar dan jantung perkahwinan semestinya tidak lain daripada kasih.

  • Kita berkahwin kerana kita mengasihi.
  • Kita setia kepada satu sama lain kerana kita mengasihi.
  • Kita saling melayani kerana kasih.
  • Kita hidup bersama dan berkongsi kerana kasih.
  • Kita berubah menjadi terbaik kerana kasih.
  • Kita saling menerima dan menunduk kerana kasih.
  • Kita rela pikul tanggungjawab dan laksanakan dengan sedaya-upaya kerana kasih.
  • Kita membuat pengorbanan kerana kasih.

Apatah lagi hubungan & pelayanan kita terhadap Yesus Kekasih Jiwa kita?

Kita sebagai umat gereja & selaku pengantin perempuan telahpun menjadi isteri kepada Tuhan Yesus yang menjadi suami kita,

kita wajib melaksanakan setiap sesuatu dalam kasih.

  1. Kasih terhadap Yesus.
  2. Kasih sesama lain.

Biarpun di dalam gedung gereja mahupun di luar.

Kolose 3:23 (ILT3) Dan segala apa pun yang kamu lakukan, kerjakanlah dengan segenap jiwa seperti kepada Tuhan dan bukan kepada manusia,

1 Korintus 16:14 (TB) Lakukanlah segala pekerjaanmu dalam kasih!

Tersangat penting-lah Kita kenal kita dalam ikatan perkahwinan dengan Tuhan ,& kita akan mampu setia kepadaNya dan terus teguh melayani tanpa kenal lelah.

Tidak kira apa saja kelemahan ataupun pergelutan dengan sejenis dosa,

kita akan rela berubah kerana Kasih!

1 Yohanes 4:10 (AVB) Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita.
:19 Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.

Sekian perkongsian ringkas. Tuhan berkati.

-dalam Kasih Kristus.

Lukas 17:32 (BM) Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteri Lot!

Pada tahun yang baru 2019 ini sedangkan kita baru saja memasuki bulan pertama ia sangat penting untuk kita sebagai anak-anak Tuhan untuk

terus MAJU dalam perjalanan kita dengan Tuhan menuju kepada rencana Bapa yang sempurna dengan berkat-berkatnya yang penuh.

Untuk maju secara logiknya kita perlu sentiasa lihat ke hadapan, & Tuhan seringkali memerintahkan UmatNya untuk berbuat sedemikian.

Keluaran 14:15 (AYT) TUHAN berkata kepada Musa, “Mengapa kamu masih berseru-seru kepada-Ku? Katakanlah kepada keturunan Israel untuk terus maju,

Iblis pula sebaliknya inginkan kita sekali-sekala menoleh ke belakang dan akhirnya jatuh tersandung & tidak mampu maju-maju.

Cerita Isteri Lot:

Kejadian 19:17, 26 (BM)

17 Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!”

26 Tetapi isteri Lot menoleh, lalu dia berubah menjadi tiang garam.

Apakah puncanya kita menoleh?

  • Nilai sentimental- kerinduan atau keinginan untuk sesuatu yang belum dimiliki.

  • Silam kita- sesuatu yang kita belum dapat lepaskan sepenuhnya. (sakit hati, kehampaan, dil.)

  • Dosa. (Keinginan daging yang tidak rela berubah sepenuhnya,serta pergelutan dan ketidakrelaan daging berjalan dengan Roh Tuhan .)

Misi mencari Isteri untuk Ishak:

Kejadian 24:3-6 (AYT)

3 Aku mau supaya kamu bersumpah demi TUHAN, yaitu Allah langit dan Allah bumi, bahwa kamu tidak akan mengambil istri bagi anakku dari anak-anak perempuan Kanaan yang di tengah-tengahnya aku berdiam ini.

4 Namun, kamu akan pergi kepada negeriku dan kepada sanak saudaraku untuk mengambil istri bagi Ishak, anakku.”

5 Hamba itu berkata kepadanya, “Bagaimana jika perempuan itu tidak mau ikut denganku ke negeri ini? Haruskah aku membawa anakmu ke negeri asalmu?”

6 Namun, Abraham berkata kepadanya,

“Awas! Jangan kaubawa anakku kembali ke sana.

Pada petikan ini kita tahu waktunya Abraham sudah tua & lanjut umurnya dan sedang duduk di Kanaan,

yang sudah kian menjelajah jauh dari kampung halamannya sejak TUHAN memerintahkannya untuk keluar untuk mewarisi Tanah Perjanjian dengan keturunannya sekali.

& Sudah tiba masanya untuk mencarikan seorang isteri bagi anaknya Ishak ,

Apakah perintah Abraham kepada hambanya itu?

  • :3. Jangan ambil isteri dari orang tempatan di Kanaan. (Tidak seiman.)

  • :4. Pergi ke negeri asal & mencari dari sanak saudara Abraham (Saudara seiman.)

  • :6. Amaran atas apa keadaan sekalipun JANGAN membawa Ishak kembali (mundur) ke sana!

  • :7. Kalau calon isteri dari sanak saudaranya tidak rela ikuti hambanya itu,

Abraham lebih rela mengabaikan misi-nya itu daripada perlu membawa Ishak kembali ke negeri asal yang Tuhan telah perintahkannya untuk tinggalkan itu.

Kita dapat lihat di sini kita tidak boleh berkompromi biarpun seinci pun mengenai Rencana Tuhan dan sangat penting untuk kita MAJU dan TERUS MAJU dalam perjalanan iman bersama.

Pilihan Pasangan hidup:

Kita perlu memilih pasangan hidup dengan bijaksana dan tidak tergesa, kerana ini boleh menjadi punca besar kita maju ataupun mundur dalam kehidupan:

Adakah dia seorang seorang Kristen?

  • Jikalau tidak, hubungan itu tidak direstui Tuhan dan akan berhasil dalam penyesalan. (2Korintus 6:14-18)
  • Jikalau dia seorang Kristen (yang telah lahir baru,setakat Kristen secara nama tidak memandai)- adakah dia rela maju dalam kehidupannya sebagai seorang anak Tuhan dan adakah dia menjadi penggalak besar dalam hidupmu melalui kesaksian dan teladan hidupnya yang mengakibatkan hidupmu semakin maju dalam Tuhan?

Oleh itu bukanlah kebetulan kedua-dua cerita ini berkaitan dengan pilihan pasangan hidup.

Pilihan kita mahu berkahwin dengan seseorang yang;

  • sering menoleh ke belakang (ketika kita ingin maju) akan berhasil dengan kehilangan dan kerugian kemudian.

Atau

  • Rela maju dalam keimanannya dan keluar zon selesa,

    taat kepada rencana Tuhan serta saling melengkapi.

Kesimpulan

Kepada kaum putera janganlah cari perempuan yang tidak rela maju ke hadapan bersama anda dalam mengerjakan rencana Tuhan dan kepada kaum puteri pula carilah calon suami yang memimpin kalian ke hadapan dalam hal-hal ketuhanan dan bukannya yang perlu dipimpin oleh kalian terpula?

Panggilan seorang lelaki ialah memimpin sedangkan peranan wanita pula menjadi pembantu yang melengkapi.

Sekian. Tuhan berkati.

Tempat Yang Dekat Dengan Tuhan

Ketika kita hendak mencari seseorang, kita sudah tentu akan memghubungi orang tersebut & menanyanya di manakah tempat dia berdekatan supaya dapat berjumpa dengannya,bukankah begitu?

Sedemikian juga soalannya,Di mana pulakah “tempat yang dekat Tuhan supaya kita boleh mendekati & berjumpa denganNya?

Keluaran 33:,18, 20-21 (AVB)
18 Kata Musa, “Tunjukkanlah kiranya kepadaku kemuliaan-Mu.”

20 Firman-Nya lagi, “Kamu tidak dapat memandang wajah-Ku, kerana tiada manusia yang dapat memandang Aku dan terus hidup.”

21 Firman TUHAN, “Ada sebuah tempat dekat-Ku, dan kamu akan berdiri di atas keutuhan batu pejal itu.

Menurut Firman Tuhan di sini, Musa ingin sekali mendekati Tuhan & berkerinduan melihat wajahNya:

tetapi sebelum kedatangan Tuhan Yesus mustahil-lah untuk manusia melihat wajah Tuhan & tidak mati (hasil kejatuhan manusia ke dalam dosa).

Oleh itu Tuhan menyatakan kepadanya bahawa ada tempat yang dekatNya,di mana Musa mampu melihatNya,bukan wajah Tuhan melainkan dia mati,tetapi setakat memperlihatkan bahagian belakang Tuhan kepada Musa,iaitu di tempat yang dekat Tuhan-di atas batu pejal yang utuh.

Di Atas Batu

Apakah maksud batu sebagai “tempat yang dekat Tuhan”, di mana Tuhan akan menyatakan kemuliaanNya kepada mereka yang berkerinduan mendekatiNya?

Matius 16:15-18 (AVB)

15 Yesus bertanya, “Menurut kamu, siapakah Aku ini?”

16 Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.”

17 Yesus berkata, “Diberkatilah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.

18 Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.

Kesampaian kita di Perjanjian Baru pula , kita lihat betapa konsistennya Firman Tuhan iaitu dengan perwahyuan peribadi yang dinyatakan kepada Petrus iaitu Yesus adalah Tuhan,yang menjadi dasar batu dimana Tuhan dapat membina jemaat gerejaNya(kehidupan dan hubungan kita dengan Yesus) .

Batu Pejal yang disebut-sebut dari perjanjian lama sampai ke perjanjian baru sebenarnya adalah penyataan Tuhan Yesus sendiri.

Bukankah hanya melalui Tuhan Yesuslah kita mampu mendekati Bapa Syurgawi?

Yohanes 14:6 (AVB) Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.

Dan tiada cara lain dimana kita mampu lebih mendekati Tuhan lagi sejak hari kita percaya selain melalui FirmanNya,dengan meluangkan masa membaca dan mengenali Alkitab yang di dalam tangan kita itu.

Kerana Yesus adalah Firman Tuhan.

Yohanes 1:1-5 (AVB)
1 Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah.
2 Dia bersama Allah pada permulaan.
3 Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya.
4 Hidup ada dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia.
5 Dan cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.

Wahyu 19:13 (AVB) Dia memakai jubah yang bercelup darah dan nama-Nya Firman Allah.

Jika Kita Mengasihi Tuhan,Kita mesti mengasihi (pembacaan) FirmanNya barulah kita kenal bagaimana kita boleh patuhiNya.

Yohanes 14:15, 21, 23 (AVB)
15 “Jika kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku.

21 Sesiapa yang menerima dan mematuhi perintah-perintah-Ku, mengasihi-Ku. Sesiapa yang mengasihi-Ku akan dikasihi oleh Bapa-Ku, dan Aku juga akan mengasihinya serta memperlihatkan diri-Ku kepadanya.”

23 Yesus menjawab, “Sesiapa yang mengasihi-Ku akan menurut ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihinya. Dan Kami akan datang kepadanya serta tinggal bersamanya.

24 Orang yang tidak mengasihi-Ku tidak menurut ajaran-Ku, padahal ajaran itu bukan daripada-Ku, tetapi daripada Bapa yang mengutus-Ku.

Apa sahaja kita imani mestilah berdasarkan Firman,

apa sahaja yang kita kenali dalam Tuhan mestilah berdasarkan Firman,

apa sahaja perubahan kehidupan yang kita alami mestilah selari dengan Firman Tuhan.

TanpaNya kita sesat,& kehidupan Kekristenan yang tiada dasar yang kukuh.

Matius 7:24-27 (AVB)

24 “Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu.

25 Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu.

26 Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir.

27 Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!”

Laparkanlah Firman Tuhan & Luangkan masa Kenali Firman Tuhan.Binakan hidup kita di atasnya & kita tidak mudah tergoyang.Amen.

Tuhan Berkati!

Kita tidak sempurna tetapi Kita boleh disempurnakan

“Tiada orang yang sempurna,”

“Manusia semuanya bercenderungan berdosa,”

“Kita tetap manusia tidak terlepas daripada kelemahan & bukannya Tuhan.”

Shalom semua,

bukankah ini yang menjadi antara alasan-alasan yang kita selalu dengar daripada orang lain, malah kita sendiri perc

aya & biasa gunapakai ayat-ayat sebegini apabila berhadapan dengan kelemahan & isu dosa?

Tuhan melalui FirmanNya menggalakkan serta mendorong kita semua untuk tetap berjuang & tidak lagi memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus hidup dalam kejatuhan .

Firman Tuhan menyatakan di sini :

Amsal 24:16 (AVB) Walaupun orang benar jatuh tujuh kali, dia akan bangkit lagi, tetapi orang durjana dimusnahkan oleh malapetaka.

Asalkan kita sedar kita memerlukan pengampunan dosa,ini menunjukkan kita tidak selesa hidup dalam dosa & tetap berjuang untuk hidup dalam perkenanan Tuhan .

Oleh itu kita masih ada harapan.

HalleluYah.

Jangan sekali-kali putus asa hanya kerana seolah-olahnya kita belum berjaya & kelihatan sering dalam keadaan jatuh & bangun.

Amsal 14:9 (BM) Orang bodoh tidak peduli sama ada dosa mereka diampunkan atau tidak, tetapi orang baik mahu dosa mereka diampunkan.

Anak Kecil

Ibarat seorang anak kecil yang sedang belajar berjalan buat kali pertamanya:

Bukankah dia bermula terlebih dahulu dengan merangkak ,kemudiannya dengan berdiri dan cuba berjalan langkah demi selangkah & hasilnya kejatuhan berkali-kali lalu menangis kerana kesakitan?

Tetapi anak kecil itu bangun kembali & terus berusaha sehingga akhirnya berjaya berjalan dengan sempurna.

Sebelum kita sedarinya anak kecil tersebut sudahpun berlari-larian dengan sukacita di merata tempat!

TETAPKAN PANDANGAN

Oleh demikian janganlah terlalu memberi fokus terhadap kegagalan,kelemahan & dosa kita tetapi tetapkan pandangan kita kepada Yesus yang berkuasa untuk sempurnakan kita serta “perjalanan” kita sebagai anak-anakNya.

Ibrani 12:2-3 (AYT)
2 Biarlah mata kita tertuju pada Yesus, Sang Pencipta dan Penyempurna iman kita, yang demi sukacita yang telah ditetapkan bagi-Nya, rela menanggung salib dan mengabaikan kehinaan salib itu. Dan, sekarang, Ia duduk di sebelah kanan takhta Allah.
3 Ingatlah akan Yesus, yang tabah menghadapi permusuhan dari orang-orang berdosa sehingga jiwamu tidak menjadi letih dan putus asa.

Tuhan Yesus saja yang sempurna dan berkuasa juga untuk menyempurnakan (kita).

LihatlahNya!

Seperti istilah inggeris,

“What You See is What You Get!”

Kita tidak mampu mengubahkan apa-apa, apatah lagi bebaskan diri daripada dosa dengan gunakan kekuatan kemanusiaan.

Tetapi kita ada Tuhan Yesus yang berkuasa untuk mengampuni segala kesalahan dan hancurkan belenggu dosa!

Amsal 20:9 (ILT3) Siapakah dapat berkata, “Aku telah memurnikan hatiku, aku telah membersihkannya dari dosaku?”

1 Yohanes 1:9 (TB) Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.

Kejadian 4:7d (TB) dosa sudah mengintip di depan pintu; ia sangat menggoda engkau, tetapi engkau harus berkuasa atasnya.

Menghadapi Kesulitan sebagai Kristen

KISAH MUSA

Apabila kita mulai sebutkan nama Yesus apatah lagi menghadapi kesulitan sebagai Kristen kerana mengikuti Tuhan -kehidupan tidak menjadi “senang-lenang tanpa masalah”.

Malah mengikuti Tuhan bermaksudnya melawan arus dunia yang mengalir selari dosa dan menentang segala yang berkaitan dengan ketuhanan.

Keluaran 5:23 (AVB) Sejak hamba-Mu menghadap Firaun untuk berbicara atas nama-Mu, dia telah melakukan kejahatan terhadap bangsa ini. Engkau sama sekali tidak melepaskan umat-Mu.”

Permasalahan yang bersifat degil.Kenapa?

Sering-sering kita menyanya,

” Kenapa,Tuhan,Saya menghadapi masalah demi masalah & cabaran demi cabaran?

Kalau itu tidak mencukupi, malah dalam tempoh yang berpanjangan?”

‘Kenapa,kenapa,kenapa?’

Apatah lagi sedangkan kita setia dalam ibadah malah mentaati Tuhan dalam Firman & pelayananNya?”

Bukankah sedemikian?

Jawapannya terletak di sini.

Keluaran 7:3-5 (AVB)

3 Akan tetapi, Aku akan mengeraskan hati Firaun dan melipatgandakan tanda serta mukjizat-Ku di Tanah Mesir.

4 Firaun tidak akan mempedulikan kata-kata kamu, maka Aku akan menunjukkan kuasa-Ku atas Mesir dan membawa keluar rombongan umat-Ku, iaitu orang Israel, dari Tanah Mesir dengan mengenakan pelbagai hukuman yang berat.

5 Warga Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN, apabila Aku menghulurkan tangan-Ku terhadap Mesir serta membawa orang Israel keluar daripada tengah-tengah mereka.”

Kita dapat mempelajari daripada Firman ini bahawa Tuhan mempunyai rencana yang jauh lebih tinggi,bukan setakat hanya menjawab doa dan membekalkan solusi serta-merta tetapi rencanaNya yang jauh lebih tinggi iatu Tuhan ingin MELIPATKALIGANDAKAN TANDA SERTA MUJIZATNYA MALAH MENUNJUKKAN KUASANYA dalam penyelamatan Tuhan dalam apa saja situasi yang sedang kita hadapi.

Matlamat

Matlamatnya adalah supaya dunia menyaksikan bagaimana Tuhan mampu selamatkan umatNya betapa mustahil sekalipun,dan juga supaya kita umatNya kenal secara peribadi kita melayani Tuhan yang dahsyat perkasa.

Tambahan pula, iman kita lebih diperkukuhkan lagi.HalleluYah!

Kesimpulan

Dalam segala sesuatu yang kita hadapi persoalannya bukanlah “Kenapakah?”

tetapi,

“Yakinkah?”

YAKIN-lah!

Keluaran 14:31 (AVB) Ketika orang Israel melihat betapa besarnya kuasa yang ditunjukkan TUHAN terhadap orang Mesir, maka takutlah umat itu kepada TUHAN. Mereka pun percaya kepada TUHAN dan kepada Musa, hamba-Nya.

Apabila kita memiliki pengalaman peribadi & yakin mengenai penyelamatan Tuhan dalam kehidupan, kita akan terus setia melaksanakan rencanaNya dan mentaati Tuhan apa sekalipun yang terjadi.

Kerana Tuhan akan membawa kita melewati badai tepat pada waktuNya!

Keluaran 12:50-51 (AVB)
50 Maka seluruh orang Israel pun melaksanakan apa yang diperintahkan oleh TUHAN kepada Musa dan Harun.
51 Tepat pada hari itu TUHAN membawa segala rombongan orang Israel keluar dari Tanah Mesir.

Tuhan berkati!