Kita tidak sempurna tetapi Kita boleh disempurnakan

“Tiada orang yang sempurna,”

“Manusia semuanya bercenderungan berdosa,”

“Kita tetap manusia tidak terlepas daripada kelemahan & bukannya Tuhan.”

Shalom semua,

bukankah ini yang menjadi antara alasan-alasan yang kita selalu dengar daripada orang lain, malah kita sendiri perc

aya & biasa gunapakai ayat-ayat sebegini apabila berhadapan dengan kelemahan & isu dosa?

Tuhan melalui FirmanNya menggalakkan serta mendorong kita semua untuk tetap berjuang & tidak lagi memberi alasan kepada diri sendiri untuk terus hidup dalam kejatuhan .

Firman Tuhan menyatakan di sini :

Amsal 24:16 (AVB) Walaupun orang benar jatuh tujuh kali, dia akan bangkit lagi, tetapi orang durjana dimusnahkan oleh malapetaka.

Asalkan kita sedar kita memerlukan pengampunan dosa,ini menunjukkan kita tidak selesa hidup dalam dosa & tetap berjuang untuk hidup dalam perkenanan Tuhan .

Oleh itu kita masih ada harapan.

HalleluYah.

Jangan sekali-kali putus asa hanya kerana seolah-olahnya kita belum berjaya & kelihatan sering dalam keadaan jatuh & bangun.

Amsal 14:9 (BM) Orang bodoh tidak peduli sama ada dosa mereka diampunkan atau tidak, tetapi orang baik mahu dosa mereka diampunkan.

Anak Kecil

Ibarat seorang anak kecil yang sedang belajar berjalan buat kali pertamanya:

Bukankah dia bermula terlebih dahulu dengan merangkak ,kemudiannya dengan berdiri dan cuba berjalan langkah demi selangkah & hasilnya kejatuhan berkali-kali lalu menangis kerana kesakitan?

Tetapi anak kecil itu bangun kembali & terus berusaha sehingga akhirnya berjaya berjalan dengan sempurna.

Sebelum kita sedarinya anak kecil tersebut sudahpun berlari-larian dengan sukacita di merata tempat!

TETAPKAN PANDANGAN

Oleh demikian janganlah terlalu memberi fokus terhadap kegagalan,kelemahan & dosa kita tetapi tetapkan pandangan kita kepada Yesus yang berkuasa untuk sempurnakan kita serta “perjalanan” kita sebagai anak-anakNya.

Ibrani 12:2-3 (AYT)
2 Biarlah mata kita tertuju pada Yesus, Sang Pencipta dan Penyempurna iman kita, yang demi sukacita yang telah ditetapkan bagi-Nya, rela menanggung salib dan mengabaikan kehinaan salib itu. Dan, sekarang, Ia duduk di sebelah kanan takhta Allah.
3 Ingatlah akan Yesus, yang tabah menghadapi permusuhan dari orang-orang berdosa sehingga jiwamu tidak menjadi letih dan putus asa.

Tuhan Yesus saja yang sempurna dan berkuasa juga untuk menyempurnakan (kita).

LihatlahNya!

Seperti istilah inggeris,

“What You See is What You Get!”

Kita tidak mampu mengubahkan apa-apa, apatah lagi bebaskan diri daripada dosa dengan gunakan kekuatan kemanusiaan.

Tetapi kita ada Tuhan Yesus yang berkuasa untuk mengampuni segala kesalahan dan hancurkan belenggu dosa!

Amsal 20:9 (ILT3) Siapakah dapat berkata, “Aku telah memurnikan hatiku, aku telah membersihkannya dari dosaku?”

1 Yohanes 1:9 (TB) Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.

Kejadian 4:7d (TB) dosa sudah mengintip di depan pintu; ia sangat menggoda engkau, tetapi engkau harus berkuasa atasnya.

Menghadapi Kesulitan sebagai Kristen

KISAH MUSA

Apabila kita mulai sebutkan nama Yesus apatah lagi menghadapi kesulitan sebagai Kristen kerana mengikuti Tuhan -kehidupan tidak menjadi “senang-lenang tanpa masalah”.

Malah mengikuti Tuhan bermaksudnya melawan arus dunia yang mengalir selari dosa dan menentang segala yang berkaitan dengan ketuhanan.

Keluaran 5:23 (AVB) Sejak hamba-Mu menghadap Firaun untuk berbicara atas nama-Mu, dia telah melakukan kejahatan terhadap bangsa ini. Engkau sama sekali tidak melepaskan umat-Mu.”

Permasalahan yang bersifat degil.Kenapa?

Sering-sering kita menyanya,

” Kenapa,Tuhan,Saya menghadapi masalah demi masalah & cabaran demi cabaran?

Kalau itu tidak mencukupi, malah dalam tempoh yang berpanjangan?”

‘Kenapa,kenapa,kenapa?’

Apatah lagi sedangkan kita setia dalam ibadah malah mentaati Tuhan dalam Firman & pelayananNya?”

Bukankah sedemikian?

Jawapannya terletak di sini.

Keluaran 7:3-5 (AVB)

3 Akan tetapi, Aku akan mengeraskan hati Firaun dan melipatgandakan tanda serta mukjizat-Ku di Tanah Mesir.

4 Firaun tidak akan mempedulikan kata-kata kamu, maka Aku akan menunjukkan kuasa-Ku atas Mesir dan membawa keluar rombongan umat-Ku, iaitu orang Israel, dari Tanah Mesir dengan mengenakan pelbagai hukuman yang berat.

5 Warga Mesir akan tahu bahawa Akulah TUHAN, apabila Aku menghulurkan tangan-Ku terhadap Mesir serta membawa orang Israel keluar daripada tengah-tengah mereka.”

Kita dapat mempelajari daripada Firman ini bahawa Tuhan mempunyai rencana yang jauh lebih tinggi,bukan setakat hanya menjawab doa dan membekalkan solusi serta-merta tetapi rencanaNya yang jauh lebih tinggi iatu Tuhan ingin MELIPATKALIGANDAKAN TANDA SERTA MUJIZATNYA MALAH MENUNJUKKAN KUASANYA dalam penyelamatan Tuhan dalam apa saja situasi yang sedang kita hadapi.

Matlamat

Matlamatnya adalah supaya dunia menyaksikan bagaimana Tuhan mampu selamatkan umatNya betapa mustahil sekalipun,dan juga supaya kita umatNya kenal secara peribadi kita melayani Tuhan yang dahsyat perkasa.

Tambahan pula, iman kita lebih diperkukuhkan lagi.HalleluYah!

Kesimpulan

Dalam segala sesuatu yang kita hadapi persoalannya bukanlah “Kenapakah?”

tetapi,

“Yakinkah?”

YAKIN-lah!

Keluaran 14:31 (AVB) Ketika orang Israel melihat betapa besarnya kuasa yang ditunjukkan TUHAN terhadap orang Mesir, maka takutlah umat itu kepada TUHAN. Mereka pun percaya kepada TUHAN dan kepada Musa, hamba-Nya.

Apabila kita memiliki pengalaman peribadi & yakin mengenai penyelamatan Tuhan dalam kehidupan, kita akan terus setia melaksanakan rencanaNya dan mentaati Tuhan apa sekalipun yang terjadi.

Kerana Tuhan akan membawa kita melewati badai tepat pada waktuNya!

Keluaran 12:50-51 (AVB)
50 Maka seluruh orang Israel pun melaksanakan apa yang diperintahkan oleh TUHAN kepada Musa dan Harun.
51 Tepat pada hari itu TUHAN membawa segala rombongan orang Israel keluar dari Tanah Mesir.

Tuhan berkati!